Jom Makan

Tuesday, September 05, 2006

Capati Arang

Hah, stall ni pulak dekat dengan Restoran Tajuddin Hussain tapi dia jual malam aje. Cepat habis capati nie. Selepas pukul 10 malam biasanya dah habis. Rasanya kat Penang je yang me pernah nampak orang masak capati, lepas tu bakar kat atas arang. A bit kering tapi okaylah. Dekat tepi tu ada satu restoran Sultania kalau tak silap, so kita orang makan capati nie dengan kambing cencang dan ayam cincang. Definitely masak curry style. Ayam cincang dia memang sedap tapi me rasa me tahu kenapa ayam cincang dia sedap sebab masa makan tu me jumpa bulu dalam ayam cincang tu. Bukan bulu ayam sebab bulu tu hitam dan pendek sikit. Tak le sependek bulu hidung. Panjang sikitlah..( nak sedapkan hati) so me assume mungkin bulu tangan kot sebab mamak kan banyak bulu.Sedap punya pasal, me ambil bulu tu, buang dan terus makan. Memang sedap. Patutlah masa nak order tu, mamak tu beria suruh kita orang order ayam cincang tu. Dia kata kat kedai dia ni famous for the ayam cincang. Mat salleh pun ada makan kat sini. Steady je tengok dia makan walaupun boleh tahan pedas lah jugak...hai me puasa lak hari ni..terasa rasa ayam cincang tu..Dugaannnn ..

Jeng..jeng..jeng nilah capati arang yang me cerita. Kat tepi tue dah kena makan sikit sebab tak tahan tengok capati nie. Very traditional..yalah mana ada orang masak guna arang lagikan zaman sekarang ni

Inilah ayam cincang kari a.k.a ayam cincang kari berbulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home