Jom Makan

Monday, September 11, 2006

In Memory of My Mother

Dah lama me tak masak. Dah sebulan lebih dah. Yalah hubby pun dah lama outstation so nak masak pun tak guna juga, tak ada siapa nak makan. Me rasa macam nak termuntah asyik makan kat kedai je. So hari Sabtu lepas, lepas Subuh me ajak hubby pergi pasar. Dah lama tak ke pasar so bila pergi ke pasar rasa macam semua benda nak masak. Last nya me masak sambal sotong, sup tulang dengan tempe goreng. Ingatkan nak buat pergedil tapi hubby pulak terasa nak makan tempe goreng. The sambal sotong that I cook reminds me of my late mother. She is a good cook and nobody can cook sambal tumis like she does. Other than sambal, she also makes a nice nasi lemak, cucur udang, popiah basah and asam pedas ikan pari. During that time, we can't afford to have blender and all the sophisticated cooking gadgets so she used batu giling instead of blender and other conventional cooking utensils which I don't remember the names. It is a waste because I did not managed to learn her cooking skills. I was only 15 when she passed away. Well, mak you are always in my mind and my heart. I miss you a lot.

Sambal Sotong
5 - 6 ulas bawang merah
1 - 2 ulas bawang putih
cili giling
asam jawa
sotong
sedikit belacan
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Tumis bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah ditumbuk halus. Setelah garing, masukkan cili kering yang telah di mesin. Taburkan sedikit gula. Gula ni sebagai pengganti kepada ajinomoto dan juga supaya cili cepat garing. Setelah cili garing masukkan sotong. Agak agak sotong dah separuh masak, perahkan sedikit air asam jawa dan bubuh garam. Lepas tu boleh makan. Kalau suka, bolehlah letak bawang besar yang dihiris bulat bulat

1 Comments:

At 8:01 PM, Blogger Sarah's Mummy said...

Sungguh mengiurkan sambal sotong itu...yummy...ni yg posa rasa goyah jek ni...lol

 

Post a Comment

<< Home