Jom Makan

Sunday, September 10, 2006

Pasta Goreng

Pasta Goreng
Semalam me malas nak masak nasi. Asyik nasi aja lagipun sejak kebelakangan ni hubby makan sikit aja sebab work stress. Jadi me buatlah pasta goreng for dinner. Pasta goreng ni memang favourite hubby tapi me tak suka sebab tak pedas. Me kalau makan tak sah kalau tak pedas.
Pasta Goreng

1 paket pasta
button mushroom
carrot - hiris nipis nipis
cili hidup - dihiris
bawang goreng - tumbuk halus
halia - tumbuk halus
bawang merah - tumbuk halus
bawang putih - tumbuk halus
serbuk kurma
mince meat

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan serbuk kurma. Tumis hingga garing. Dah garing, masukkan mince meat. Agak agak dah masak, masukkan carrot, button mushroom dan pasta. Last sekali masukkan bawang goreng dan cili . Bawang goreng lagi banyak lagi sedap

Dah penat masak, terus me tak selera makan. Last-last hantar kat rumah kakak me kat Kg. Pandan. Kalau tak siapa pulak yang nak habiskan sekuali pasta tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home