Jom Makan

Wednesday, September 06, 2006

Telok Tempoyak

Teluk Tempoyak

Last week end me and hubby dinner kat Teluk Tempoyak. Teluk Tempoyak nie kat Pulau Pinang jugak. Memang menarik tempat dia. Betul betul kat tepi pantai. Kawasan perkampungan nelayan. Kita orang pergi makan seafood. Best nya. Nama restoran tu Restoran Sri Idaman. Selain restoran nie, owner nie jugak ada chalet kat situ bersebelahan dengan restoran tu. Okaylah chalet tu. Bolehlah. Yang me baca kat signboard dia tu, restoran ni famous for their kari kepala ikan and seafood. Hubby kata kadang kadang kat situ ada jual belangkas dengan belut tapi masa me pergi malam tu tak ada pulak nampak

Ini kepah goreng cili. Memang sedap. Rasanya ada macam curry sikit. Biasalah kan Pulau Pinang tak boleh dipisahkan dengan kari. Me bagi 5 star rating untuk kepah nie.


Yang nie pulak sotong goreng tepung. Rangupnya sotong goreng tepung nie. Cicah dengan cili sos ala thai. Memang sedap. Lain dari yang kat Melaka tu tapi biasalah kan tepung nya lebih banyak dari sotong. Nampak je banyak sebenarnya tepung goreng yang lebih.


Yang ni pulak ketam bakar. Memang besar ketam tu. Berat yang atas nie 700gm. Harganya RM40 per kg. Nama ketam nie ketam nipah. Tak pernah me jumpa ketam sebesar nie. Tapi kuah cecah nya kurang sikit. Biasalah me ni kuat pedas dan dah biasa style macam kat Melaka tu kuah cicah kicap. Yang kat sini kuah cicahnya masam dan ada rasa belacan yang sangat kuat. Kuah cicah nya tu dibuat dari perahan asam limau,letak bawang dan belacan.

Ni hubby tengah angkat ketam nipah tu. Ni yang belum masak lagi tapi masih hidup.


Tengok tu banyak tak kita orang makan untuk 2 orang. Bukan apa sebab masa pergi tu tengah lapar kan so mulalah perasaan tamak haloba tu datang. Rasa macam tak cukup je. Bila dah sampai, mak oii ketat perut me. Mencungap betul. Ini bukan makan ni tapi dah melantak namanya. Selain daripada sotong goreng tepung, ketam bakar dgn kepah cili kita orang order tomyam udang, kailan goreng dengan telur dadar and being a typical Malay, we also ordered 2 plate of rice. Mana tak mencungap. Tapi tomyang udang dia memang murah sebab for RM5, isinya cuma udang semata. Banyak pulak tu udang nya. Memang sedap tomyam tu. Recommended lah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home